Monday, April 15, 2013

Aurawhite vs Maixara..

Hari ni rasa cam nak update in BM lak...Dah lama sangat tak update, memang dah bersawang laman sesawangku..hiuhiu...Macam tajuk di atas, Aurawhite vs Maixara...Apa ke J nya nak update dengan tajuk sebegitu..? Sebenaqnya cheq nak ceqhita pasai pengalaman cheq yang baqu consume aurawhite n maixara selama 3 minggu...Baqu telan 3 minggu dah nak bising ka..? puhlisss....

      Chup3x....puhliss....bukan nak bising ka hapa, saja ja nak berkongsi rasa n pengalaman....xsalah pom..*kuak rambut kebelakang...


Tudiaa.....nindia benda yang cheq dok telan 3minggu berturut2.....Kalau dah update benda-benda cam ni mesti qamai yang tertanya-tanya apa kesan dia kan...Walau apa pon yang kita cuba/makan/telan/langgah mesti kita nak tau apa kesan dia pada badan kita...Berkesan ke x? Betui ka jadi putih? Ka kelabu asap macam dulu gak..hiuhiuhiu....

        Kebanyakan review yang cheq baca sebelum beli menatang produk ni, semua pakat dok kata memang terbukti berkesan dalam masa 2 minggu berturut-turut dengan syarat ikut peraturan masa minum menatang produk ni. Antara syarat dia, xle minum teh, kopi, ayaq gas, mesti minum masa perut kosong, kena minum 2 skoop sehari dll. Kalau nak tau lebih lanjut bole tanya pakcik google k..Cheq nak ceqita panjang pon bukan Cheq juai pon....hiuhiuhiu....



           Tudiaa tudiaa.....nindia lagi satu menatang  produk kesihatan yang cheq beli....Kalo nak ceqita pasai content dia, qasa2 macam sama dua kali lima jah dengan aurawhite kat ataih nuh..Bezanya cuma hat ni dalam bentuk tablet untuk dikunyah/telan/kemam/hisap, hat yang ataih pulak untuk dilanggah diminum. Fungsi pong lebeyh kuqang sama ja....

          Kalau dah fungsi sama awat yang hang pi beli sampai dua2? Tamak halobak/sombong/bongkak/takabbur/tahyul sungguh... Ala, ni semua salah FB......Tudiaaa....Tetiba semua jadi salah fb, apa salah/dosa fb kat hang habaq mai....puhlisss....Ceqhita dia macam ni, alkisah, kawan sek aku dah add aku masuk dalam group Kosmetik Murah Giler..Semua salah group nih...(Sila tekan supaya hangpa pon terbeli). Cheq yang innocent ni pon masuk la group tuh. Sekali ada depa juai online barang2 kesihatan/kosmetik/kecantikan....Cheq yang xbrapa nak cantik ni pon apa lagi, terpengaruh la. Kebetulan, ada promotion untuk aurawhite n maixara trial set punya untuk sebulan. Aurawhite 200 000mg + maixara 30 ketul = RM 130. Cheq pon apa lagi, ketaq kepala sangat nak beli, maka terbeli lah kedua2nya.

       Nak tau apa kesan? Kesan dia, alhamdulillah, kulit muka cheq yang selalu menggelupas dan kering dah jadi lembab. Dah tak menggelupas macam katak dulu dah. Kira ok la tuh. Parut pon dah nak kurang. Bagi pengetahuan hangpa semua, harga set aurawhite RM 150 (sm) n RM 160 (ss). Maixara lak RM 95. Bagi sapa-sapa yang berminat, boleh la join group yang cheq bagi tu, bukan apa, senang kalau nak beli. xyah nak pi caqi kat kedai. Buang masa ja..Hamboih, sombong/bongkak/takabur sungguh la.....hiuhiuhiu....Lagipon, group tu banyak juai barang yang sesuai untuk kegunaan wanita. (yang laki pong bule)....Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment